Ukhwah Fillah
Dikala hati dan perasaan semakin membuak ingin menjaga ikhtilat pergaulan,..
aku menerima sepucuk surat daripada teman yang ternyata terkesan akan perubahan diriku.....
"Surat untuk sahabat...... Kita dah tak serapat dulu... Perasan tak?
hmmm abang tahu kenapa... Ketika mana jarak semakin jauh.... Ketika mana rindu menyapa pergi.... Ketika mana sayup menegur tanpa sebarang reaksi.....
Saat itulah abang tahu betapa tepatnya perhitungan ilahi. Menandakan perpisahan tak lama lagi...
Abang ingin menyusun jari sekiranya terguris hati, tersilap tutur kata, terlanjur budi bicara... membuat adik diam seribu bahasa.. merajuk tak kira tempat dan ketika...
"Sungguh berat abang meninggalkan adik berdikari diluar sana..
Abang nak adik kuat tempuhi cabaran hidup, Jangan terlalu bergantung pada manusia dalam kehidupan..
Utamakan Allah dahulu..
Jadilah anak yang solehah...
Muslimah yang menjaga maruah...
Wanita yang diimpikan syurga...
Perempuan yang tabah dan sabar.."
"Jagalah habluminallah dan habluminannas..."
"Jujur abang katakan,, saat kita menjadi sahabat,,
itulah kenangan terbaik abang disini..."
"Akhir kata, semoga mendapat jodoh yang baik.
Subhanallah..... Betapa indahnya persahabatan yang berpaksikan kasih sang Pencipta....
Maafkan diri ini sekiranya pernah mengguris lubuk hatimu..
Yang pernah leka dibuai indahnya dunia.... Yang pernah alpa diusik manisnya kata-kata...
Sungguh... aku hanyalah insan yang tak lekang dari dosa... dan Insan yang selalu mengimpikan syurga abadi....
meski hati ini tak rela memperlakukanmu sedemikian... Kudidik hati ini untuk mencintai Allah yang berhak memiliki.......
Kudidik hati ini untuk tidak mudah rebah dibuai ajnabi .....
Agar tidak lena dibuai mimpi-mimpi duniawi... Marilah kita berjuang memburu mardhatillah......
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik” (Ar-Rum:69)
Akhir kata, sejujurnya aku hanyalah Si Kertas Putih yang tidak mahu dicemari apa-apa sebelum tiba masa yang sesuai.. Semoga anda sentiasa dalam jagaan Allah...
*-Sekiranya kita berubah sesuatu kerana sesuatu, ia takkan kekal. Sekiranya kita berubah sesuatu kerana Allah, InsyaAllah.. Allah pemilik segala...
nukilan si_Kert4sPutih www.facebook.com/Kert4sPutih
![]() |
| Facebook Page |

